BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 2, 2013

Hamba Allah

Bismillahirramanirrahim

Assalamualaikum :)

Allahurabbi.
Lagaknya tenang & mendamaikan hati.


--
Platfrom 5.
Aku orang pertama menunggu ketibaan bas Transnasional Kuantan-KL pada hari ini.
Sambil menunggu, aku melontarkan pandangan ke platform 4,3,2 & 1. Sengaja melihat gelagat oang ramai & keadaan terminal selepas seminggu banjir.

Bersih.
Agaknya makcik cleaner dah sapu semua sampah yang bertaburan kot.Getus aku di dalam hati.
--
Tak semena aku ternampak seorang hamba Allah sedang berjalan.
Dia menapak ke platform 4, mungkin mahu menunggu bas datang. Aku pun tidak tahu bas apa untuk platform 4. Berkopiah putih, baju kemeja biru gelap & seluar hitam. Lagaknya sangat menyejukkan mata yang memandang. Jujur, aku juga sama tersejuk hati.

Dia berjalan terus dan berhenti di sebelah lelaki itu.
Pandangannya agaknya dilontarkan kepada orang dihadapannya.-Aku & family. Dia berseorangan.
Erk, alamak, kenapa dia ni mengadap sini, macamana aku nak tengok gelagat orang.
Aku menoleh ke arah bas Transnasional di hadapan aku.
Driver tiada. Ada urusan kat pejabat kot.Fikirku.

Driver bas membuka pintu bas. Aku pun masuk ke dalam perut bas selepas bersalaman dengan family.
Macam biasa, emak adalah orang terakhir yang aku salam.
Dari dulu perangai aku macam tu, agaknya mak pun dah mengerti.
Aku mengharapkan redha mak sepanjang perjalanan hidupku.

Aku terus mencari seat aku-4C.
Terus duduk.
Eh, si hamba Allah itu pun nak ke KL rupanya,
Hatiku berbunga.

Sekilas aku melihatnya, dia sedang mencari seat.
Nah, si hamba Allah duduk betul-betul dibelakangku.
Hatiku berbunga lagi.
Allahurabbi. Astaghfirullahal 'azim..

Dah nak sampi ke KL-hari mulai panas.
Aku terkena terik mentari.
Aku pandang belakang, pantas tangan aku menarik perlahan langsir.
Dia sikit, aku sikit.
Fair la tu :)
Tiba- tiba bas berhenti.
Pakcik driver seraya menjerit, "Pekeliling, Pekeliling!"
Aku terkejut.
Betul, aku masih tak familiar dengan Pekeliling walaupun dah 4 tahun aku ulang- alik Kuantan-KL.
Aku membetulkan kedudukan.Aduh. Lenguh duduk sebelah pakcik ni.
Sempit sikit ruang aku.
Pakcik itu turun, aku pun membetulkan kedudukan. Bersenam sikit, nak release lenguh.

--
Eh, si hamba Allah turun kat Pekeliling la..
Sedih kejap.

#Allahurabbi, andai ada jodoh, kau temukanlah semula aku dengan dia :')






0 comments: