BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 29, 2012

Cinta Pertama ~

Bismillahirrahmanirrahim~ 


Cinta itu berbisik
Menggamit setia sebuah kasih abadi
Bertaut dalam sudut hati

Yang jauhnya sukar aku jangkau
Aku terpesona dengan ciptaan Ilahi
Sebentar aku hilang dalam lamunan
Tersentak aku hiba
Terkilan rasa dihati
Saat tersedar aku dilamun
Keindahan bisikan cinta


Adakah dosa bagiku Ya Allah?
Aku dibuai pesona wajahnya
Terdetik kesal saat khilaf
Membuka mata
Namun gelora jiwa ini terus membadai
Membawa helaian cinta
Yang aku sendiri tidak memahami kebenarannya.

Ya Allah
Andai cinta ini anugerahmu
Andai cinta ini bisikan darimu
Andai cinta ini milikku
Peliharalah hati ku dan hatinya
Agar cinta ini bersemi
Di atas landasan Perjuangan islam

Ya Allah
Aku redha mencinta
Dan dicintai
Jika ini ketentuan Ilahi
Akan ku simpan bisik hati ini
Sehingga harinya terpatri
Dua jiwa bersemi <3

-Honestly copypasted from a creative person, TQVM-

Tuesday, February 21, 2012

Lega...

As salam~
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, pertemuan dengan lecturer tadi membuahkan sedikit idea dan kelegaan ^^
Sebelum ni memang agak blur bila dapat tajuk yang cam agak ngeri ni, sebab x belajar lagi.
Bila dah dengar explanation lecturer, lega sikit.
Harap dapat buat thesis sehabis baik dan saya harap Dr. Yusnita dapat bantu saya untuk menyiapkan dan menyempurnakan thesis saya dan kawan- kawan dengan baik.
InsyaAllah :)

Mood: Rindu kat fitri :(

Monday, February 20, 2012

Terkezutt ~

As salam
Bismillahirrahmanirrahim~

Entry ini dibuat dengan pantas!
Saya xcukup masa! 
Alamak lecturer nak jumpa, preparation 10 % je!
Sudah! Tapi sempat lagi nek berpesbuk!
Ya Allah, bantulah kami~
Penat tak hilang lagi ni!
Harap dapat buat yang terbaik !
Walaupun preparation tak seberapa,
Wish all of us success !


Thnx !
May Peace Be Upon You~

Sunday, February 19, 2012

This Great Moment !

As salam~
Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH, akhirnya sampai jua ke garisan terakhir Minggu Suai Kenal Ambilan Februari 2012.
Fuh! Penat!
9-11hb Februari 2012- Kursus dan gerak kerja MSK Ambilan Feb 2012
12-16hb Februari 2012- MSK Pelajar ISMP dan Diploma GSTT
17-19hb Februari 2012- Pendaftaran pelajar PJJ

Bermacam- macam kerenah yang terpaksa kami lalui sepanjang MSK pada kali ini, MSK kali ini agak berat berbanding MSK yang lepas- lepas kerana kami mesti meng'handle' seramai lebih 1000 orang GSTT, bayangkan!
Ada pelbagai ragam yang terpaksa dilalui, namun kami dapat hadapinya dengan tabah dan sabar.Biasalah, manusia, ada pelbagai pendapat, perangai, yang baik, alhamdulillah, yang kurang..emmm, harap dapat memperbaiki diri, insyaAllah.
Secara tuntasnya, setiap kelemahan yang terjadi, akan diperbaiki pada masa kan datang , insyaAllah.

Selamat datang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dan TAHNIAH kerana secara rasminya anda telah menjadi anak kandung suluh budiman!!

Sekarang, masa untuk berehat ! And prepare untuk next cabaran! Semester 6 and proposal!
Ya Rahman, Ya Rahim, permudahkanlah bagiku dan kawan- kawanku ~

Banyak sangat kenangan dalam MSK kali ini, tak mampu diluahkan ^^
I'll remember this great moment ever! :)))

Dengan SU Comel- ILA