BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 26, 2011

Random #1

Salam !

Just wanna go thru~~~

Bila bermulanya minggu kedua, maka dengan rasminya aku dan kawan- kawan akan menjadi busy dek kerana assignment yang sudah mula membukit. Juga, kami cuba untuk aktif menyertai apa-apa aktiviti, Why? Nak kumpul pengalaman berharga dan tak ternilai ini. Peluang yang tidak mungkin berulang buat kedua kalinya. Tahun last untuk aktif menyertai program universiti, tahun last dah tak sempat, nak praktikal and buat thesis.

Malam tadi, 25sept2011, berlangsung Majlis Penutup MAKUM (Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia) ; Pertandingan Nyanyian Solo dan Lagu Patriotik. USIM jadi juara dan membawa pulang hadiah tempat pertama sebanyak RM2000.

Pagi tadi, kami join Perarakan Patriotik UPSI- wakil UKLK. Memang penat! Tired! Tapi 
seronok! Alright! Nak rehat lak, petang nanti nak masuk Lab Kimia pula. Wish me luck guys !


- SEDIKIT RENUNGAN -


‎"Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yg umur setahun jalan di pasaraya.."
-Orang kata dia tue perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takda orang taw.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun..

"Ada sorang lelaki.. Dia sangat² gemuk.."
-Orang kata dia tue tak taw jaga diri.. Tapi takda orang taw.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badan naik..

"Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takda.."
-Orang kata dia tue hodoh.. Sangat² hodoh.. Tapi takda orang taw.. Dia tue askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya..

P/s: Banyak benda dalam dunia nie.. Kita nampak.. Tak bermakna.. Kita taw segala²nya.
sekadar renungan bersama

Friday, September 23, 2011

Andai Nanti Cinta Itu Hadir Untukku (:


ya ALLAH
andai nanti cinta itu hadir untukku
biarlah cinta yang berhak bagiku
cinta yang halal pada pandanganMU

ya Allah
andai nanti cinta itu hadir
jangan biarkan cinta itu
melebihi cintaku padaMu
hingga aku lalai dari mecintaiMU


Ya Allah
andai nanti cinta itu hadir buatku
penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMU terlebih dahulu
biar rasa cintaku padaMU tetap seperti dulu

Ya Allah
andai nanti cinta itu hadir untukku
kurniakan seseorang yang hatinya penuh kasih kepadaMU
biar aku cinta padanya kerana aku kagum padaMU


ya Allah
andai nanti cinta itu hadir untukku
biarlah pengaduan atas deritaku
rasa syukur atas kebahagianku
hanya kupanjatkan kepadaMu terlebih dahulu
kerana aku yakin Engkau lebih memahamiku

ya Allah andai cinta itu hadir
khusyukkan aku dalam solatku
tenangkan aku dalam ibadahku
kerna fitrah insaniku telah Kau sempurnakan

ya Allah..
andai cinta itu hadir untukku
kurniakan aku insan yang Engkau cintai untukku
aminnn ya Rabbi...

Monday, September 5, 2011

Bait Puisi Ketika Cinta Bertasbih



Cinta adalah kekuatan 
yang mampu mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta
Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa
menuliskan kata-kata pecah berkeping keping
begitu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
engkau terbaring tak berdaya
bagaikan keldai yang berbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menguraikan
cinta dan percintaan


Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya !

Salam sejahtera  !!
Salam Aidilfitri !!
Salam Merdeka !!

Wahh, happynye dah raye, hari ni dah balik TM..sedihnye..nak kate tak puas cuti tak jugak, tak puas raye sekejap sangat. Raye first tahun ni raye kat umah sebelah mak aku..(cehh, padahal umah nenek sebelah mak ngan abah sekadar sekangkang kera ). Bes tahun ni, sume family ada theme masing2, family aku warna hijau tahun ni. Tapi tak sempat ambil gambar, ayah aku cepat sangat nak ke masjid, maka tak sempatla nak ambil gambar bersama-sama.

Lepas Zohor je kami 7 buah  kereta bergerak ke destinasi yang ingin ditujui 
-Jengka 1, Jengka 10 ,Jengka 18..
Dalam perjalanan itu, cewahh..memang jam, dan2 je ada accident, maka jamlah jalan. Budak - budak Mat Rempit ni xyah kire la, kereta ada ke x kat depan, main balun je nak lintas . Geram betul, aku risau accident je. Badan kecik! Tak padan nak bawak moto tengah jalan raya, bukan ada lesen pun 2..aku rase time tu jugak aku nak call polis trafik , dok kat tengah jalan tu ha. Biar aman sikit jalan. Tengok tu, time raya pun aku nak marah2. Sabar je la laily..

Raya kedua aku ingat nak ziarah kubur arwah atuk, tapi tak jadi, becoz sakit perut, tah makan apela sampai sakit perut, maka aku pun tak beraya lah pada hari kedua. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh, ameen~

Ok, papepun aku nak wish semoga korang berbahagia di dunia dan akhirat :)
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami~