BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 30, 2011

Exam mood

as salam readers ^^

Sekarang study week bagi pelajar IPTA seluruh Malaysia.
Next week final exam semester 5.
Harap dapat buat sehabis baik, insyaALLAH :)

Saturday, December 17, 2011

Program SPR UPSI

AS SALAM :D

Salam Perubahan, Perangi Rasuah~

Mood: Biro Ceramah Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) UPSI Tahun 2011

Rasanya terlalu banyak perkara yang hendak saya ceritakan, namun, memadai saya pendekkan cerita. Maka, sudah berakhirlah episod gerak kerja dan aktiviti yang telah termaktub dalam jadual perjalanan SPR UPSI semester ini. Tirai tahun 2011 akan berlabuh beberapa hari sahaja lagi. Komitmen sebagai pemegang portfolio Biro Ceramah amat mendalam di lubuk hati saya. Terlalu banyak pengalaman berharga yang telah saya kutip sepanjang bergelar family SPR UPSI. Kenangan bersama kalian takkan dapat saya lupakan. Suka, duka, marah, sedih, terasa hati, tersinggung, tersisih, gembira, ketawa, semuanya telah di'blend' dengan rapi oleh Yang Maha Pengatur.

--> 8/10/2011
Program pertama pembukaan semester ini --> Program Tanggal Puisi 'Perangi Rasuah'

--> 9/10/2011
Kunjungan muhibbah SPR UiTM Shah Alam ke SPR UPSI


--> 2/11/2011
Executive Talk by Pengarah Operasi SPRM Perak

--> 17-20/11/2011
Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah IPT/IPTS Anjuran SPRM dengan kerjasama UKM
Dalam konvensyen ini, SPR UPSI telah dinobatkan sebagai SPR IPT paling aktif.Alhamdulillah :)





--> 11/12/2011 (pagi)
Ceramah Maruah vs Rasuah
Buat pertama kalinya saya memegang jawatan sebagai Pengarah Program, nampak gaya macam mudah, namun, beban dan tanggungjawab yang dipikul amatlah berat, perkara yang paling menggembirakan saya apabila dua orang penceramah yang dijemput sudi hadir untuk memeriahkan majlis. Penceramah yang saya jemput ialah P/PsK Dr. Celemans b. Haji Kasim, merangkap Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM. Saya bertemu dengan beliau ketika Konvensyen SPT IPT. Berurusan dengan beliau ibarat bulan jatuh ke riba, respon yang diberikan amat memberi kesan dalam jiwa saya. Beliau sangat baik , umpama seorang ayah bagi saya, tidak ada masalah untuk berurusan dengan beliau. Penceramah kedua yang dijemput adalah Yang Dipertua Angkatan Belia Islam (ABIM) Negeri Perak, Tuan Haji Suhaimi b. Latip. Ustaz, gelarannya kerana mengajar disebuah maahad. Saya juga amat senang hati berurusan dengan beliau. Dalam jiwa seorang muslim @ muslimah, kadang- kadang kita sendiri tergelincir. Saya akui itu.Manusia itu pelupa, sesuai dengan maksud dari segi bahasa arabnya, 'nasaya' yang bermaksud lupa. Ceramahnya yang menyentuh hati saya untuk berfikir pemimpin negara pada masa kan datang, apakah remaja sekarang layak untuk menjadi pemimpin berwibawa? Masalah sosial yang semakin berlarutan, kes buang anak dilihat seperti angin lalu, sudah menjadi kebiasaan kes ini terpampang di dada akhbar. Saya tidak mahu bercerita panjang lebar, cukup dengan iman di dada, fikirkanlah hati dan perasaan ibubapa tercinta.



--> 11/12/2011 (petang)
Hari Interaksi SPR UPSI bersama SPRM Perak

--> 15/12/2011
Program Pementasan Bermesej 'Usahawan Berintegriti Bebas Rasuah'
dalam Karnival Keusahawanan (KaKe), MPP dan PPK UPSI

-->17/12/2011
Kunjungan Balas SPR UPSI ke SPR UiTM Shah Alam.
Harini hari last menjalankan tanggungjawab sebagai pemegang portfolio Biro Ceramah SPR UPSI dan membawa nama UPSI ke persada kebangsaan. Layanan yang diberi amatlah baik, bersyukur kerana dipertemukan dengan anda :)

Alhamdullillah, semuanya telah dijalankan dengan jayanya. Tinggal saki baki report dan sijil yang perlu dibereskan. Harap dapat selesaikan semuanya dengan segera. Tinggal dua minggu lagi nak final exam, harap saya dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk exam pula, ALL THE BEST! InsyaALLAH~

Kenangan bersama family SPR UPSI takkan dapat saya lupakan. Bertemu anda adalah satu rahmat dan kegembiraan buat saya dalam menghadapi cabaran dan rintangan kelak :)
[Speechless, korang memang TERBAEKKK !!!]

Abi, umie, zai, qilah, ila, farid, atep, rehan, pojan, wani, shima, yaya, angah, mirul, AA, muaz, afiq and pian :)
TQ very much !
SAYA SAYANG KAMU ;D