BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 30, 2011

Exam mood

as salam readers ^^

Sekarang study week bagi pelajar IPTA seluruh Malaysia.
Next week final exam semester 5.
Harap dapat buat sehabis baik, insyaALLAH :)

Saturday, December 17, 2011

Program SPR UPSI

AS SALAM :D

Salam Perubahan, Perangi Rasuah~

Mood: Biro Ceramah Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) UPSI Tahun 2011

Rasanya terlalu banyak perkara yang hendak saya ceritakan, namun, memadai saya pendekkan cerita. Maka, sudah berakhirlah episod gerak kerja dan aktiviti yang telah termaktub dalam jadual perjalanan SPR UPSI semester ini. Tirai tahun 2011 akan berlabuh beberapa hari sahaja lagi. Komitmen sebagai pemegang portfolio Biro Ceramah amat mendalam di lubuk hati saya. Terlalu banyak pengalaman berharga yang telah saya kutip sepanjang bergelar family SPR UPSI. Kenangan bersama kalian takkan dapat saya lupakan. Suka, duka, marah, sedih, terasa hati, tersinggung, tersisih, gembira, ketawa, semuanya telah di'blend' dengan rapi oleh Yang Maha Pengatur.

--> 8/10/2011
Program pertama pembukaan semester ini --> Program Tanggal Puisi 'Perangi Rasuah'

--> 9/10/2011
Kunjungan muhibbah SPR UiTM Shah Alam ke SPR UPSI


--> 2/11/2011
Executive Talk by Pengarah Operasi SPRM Perak

--> 17-20/11/2011
Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah IPT/IPTS Anjuran SPRM dengan kerjasama UKM
Dalam konvensyen ini, SPR UPSI telah dinobatkan sebagai SPR IPT paling aktif.Alhamdulillah :)





--> 11/12/2011 (pagi)
Ceramah Maruah vs Rasuah
Buat pertama kalinya saya memegang jawatan sebagai Pengarah Program, nampak gaya macam mudah, namun, beban dan tanggungjawab yang dipikul amatlah berat, perkara yang paling menggembirakan saya apabila dua orang penceramah yang dijemput sudi hadir untuk memeriahkan majlis. Penceramah yang saya jemput ialah P/PsK Dr. Celemans b. Haji Kasim, merangkap Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM. Saya bertemu dengan beliau ketika Konvensyen SPT IPT. Berurusan dengan beliau ibarat bulan jatuh ke riba, respon yang diberikan amat memberi kesan dalam jiwa saya. Beliau sangat baik , umpama seorang ayah bagi saya, tidak ada masalah untuk berurusan dengan beliau. Penceramah kedua yang dijemput adalah Yang Dipertua Angkatan Belia Islam (ABIM) Negeri Perak, Tuan Haji Suhaimi b. Latip. Ustaz, gelarannya kerana mengajar disebuah maahad. Saya juga amat senang hati berurusan dengan beliau. Dalam jiwa seorang muslim @ muslimah, kadang- kadang kita sendiri tergelincir. Saya akui itu.Manusia itu pelupa, sesuai dengan maksud dari segi bahasa arabnya, 'nasaya' yang bermaksud lupa. Ceramahnya yang menyentuh hati saya untuk berfikir pemimpin negara pada masa kan datang, apakah remaja sekarang layak untuk menjadi pemimpin berwibawa? Masalah sosial yang semakin berlarutan, kes buang anak dilihat seperti angin lalu, sudah menjadi kebiasaan kes ini terpampang di dada akhbar. Saya tidak mahu bercerita panjang lebar, cukup dengan iman di dada, fikirkanlah hati dan perasaan ibubapa tercinta.



--> 11/12/2011 (petang)
Hari Interaksi SPR UPSI bersama SPRM Perak

--> 15/12/2011
Program Pementasan Bermesej 'Usahawan Berintegriti Bebas Rasuah'
dalam Karnival Keusahawanan (KaKe), MPP dan PPK UPSI

-->17/12/2011
Kunjungan Balas SPR UPSI ke SPR UiTM Shah Alam.
Harini hari last menjalankan tanggungjawab sebagai pemegang portfolio Biro Ceramah SPR UPSI dan membawa nama UPSI ke persada kebangsaan. Layanan yang diberi amatlah baik, bersyukur kerana dipertemukan dengan anda :)

Alhamdullillah, semuanya telah dijalankan dengan jayanya. Tinggal saki baki report dan sijil yang perlu dibereskan. Harap dapat selesaikan semuanya dengan segera. Tinggal dua minggu lagi nak final exam, harap saya dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk exam pula, ALL THE BEST! InsyaALLAH~

Kenangan bersama family SPR UPSI takkan dapat saya lupakan. Bertemu anda adalah satu rahmat dan kegembiraan buat saya dalam menghadapi cabaran dan rintangan kelak :)
[Speechless, korang memang TERBAEKKK !!!]

Abi, umie, zai, qilah, ila, farid, atep, rehan, pojan, wani, shima, yaya, angah, mirul, AA, muaz, afiq and pian :)
TQ very much !
SAYA SAYANG KAMU ;D

Tuesday, October 18, 2011

Random #3

BERTAHAN !
SABAR !

Friday, October 14, 2011

Doa Bertemu Jodoh Yang Baik (:


As- Salam sahabat yang dikasihi...

Buat hati yang kadang-kadang rapuh dan meragui kebenaran yang bakal tercipta,
Buat nurani yang mendambakan insan bernama kekasih,
Buat jiwa yang selalu gundah menantikan kehadirannya,
Buat lubuk hati yang mendalam yang selalu berdoa agar mendapat pendamping yang terbaik 
disisi hingga ke akhir hayat,
Hayatilah doa ini (:
Buat kebahagiaan di dunia dan di akhirat...



Bismillahirrahmanirrahim~

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih.....
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu
Sucikan hatiku Ya-Allah
Agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya
Janganlah biarkan aku merindui kehadirannya
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni
Bantulah aku agar dapat mengasihaninya hanya sebagai seorang sahabat

Tetapi jika engkau ciptakan dia untukku, Ya Allah
Satukanlah hati kami
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk menenangkan hatinya
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku telah Engkau ciptakan
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya

Ya Allah Yang Maha Pengasih
dengarkanlah doaku ini
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu
Allah Yang Maha Kekal
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku
luka dan keraguan yang ku alami mesti ada hikmahnya

Semua ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu
Untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu
Bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Amin

Monday, October 10, 2011

Nikita Willy- Lebih Dari Indah

Nikita Willy-Lebih Dari Indah



bergetar hati ini saat mengingat dirimu
mungkin saja diri ini tak terlihat olehmu
aku pahami itu

reff:
bagaimana caranya agar kamu tahu bahwa
kau lebih dari indah di dalam hati ini
lewat lagu ini ku ingin kamu mengerti
aku sayang kamu, ku ingin bersamamu

meski ku tak pernah tahu kapan kau kan mengerti
ku coba tuk berharap

repeat reff [2x]



# Random 2

Salam perubahan~


Alhamdulillah, setelah berhempas pulas selama 4 hari untuk gerak kerja bagi 2 program, akhirnya kami team SPR UPSI dapat menjayakan program. Memang penat. Dua event untuk hari sabtu dan ahad. Masa untuk buat assignment memang terganggu, TETAPI, pengalaman berharga sukar dimiliki andai tidak dicari. Semuanya untuk persediaan menjadi insan kukuh dalaman dan luaran (:

Petang tadi, dalam jam 3.30 petang, team SPR UiTM telah selamat tiba di UPSI bagi membuat kunjungan muhibbah. Pelbagai perkara telah kami kongsikan. Gembira dapat bertemu dengan SPR UiTM. Harap hubungan ini terjalin dengan kukuh demi mencegah rasuah ! Tapi sedih tak dapat hantar diorang balik - terpaksa lari untuk memenuhi komitmen sebagai pelajar yang mengambil kursus microteaching~ buat assignment last minute~ Sedih tak dapat bergambar dengan team SPR UPSI n SPR UiTM. Takpelah , just take it easy laily~

-CARRY ON YOUR RESPONSIBILITY AS A STUDENT TOMORROW-
-TRY HARD, EFFECTIVE AND SUCCESS-

Saturday, October 8, 2011

Tanggal Puisi Perangi Rasuah SPR UPSI

As-Salam~

Alhamdulillah, selesai sudah satu program pertama SPR UPSI pada semester ini, Pertandingan Tanggal Puisi Perangi Rasuah . Semuanya berjalan lancar walaupun berlaku ad-hoc , buat team SPR UPSI yang terbaca blog ini, thank for everything !cayang korang sume ~~ Esok, SPR UiTM Shah Alam akan membuat kunjungan muhibbah, harap2 semuanya berjalan lancar~ Ameen.

Jom serang pasar malam Tanjongmalim!! Yeayyyyyyy!


-rase macam di awang- awangan [Mood : Letih]-

Friday, October 7, 2011

KOMITMEN

SALAM JUMAAT! BARAKALLAH FRIENDS~

Assignment melambak, aktiviti pun bersusun!
Tabah dan cuba beri komitmen yang terbaik sebagai pelajar,
sebagai pemimpin, sebagai seorang anak, sebagai hambaNya~

Biarkan hatimu berlalu
Bukalah lembaran baru
Jadikan dirimu seorang yang tabah dan sabar
dalam menghadapi onak dan duri~

-jumaat yang mulia-

Thursday, October 6, 2011

Be strong !

SALAM~

Letih melayan karenah manusia.
Pelbagai ragam.
Apabila kita memberi rasa hormat dan percaya,
mereka membalasnya dengan rasa tidak percaya dan ragu-ragu.
Tanggungjawab adalah berat, tetapi sampai bila rasa percaya itu
tidak mampu digalas dan diberikan kepada orang lain.
Betul, setiap perkara yang kita lakukan mestilah cermat, tepat dan berkualiti.
Namun, sekurang-kurangnye, berilah peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman baru disamping mendapat sokongan dan bimbingan.

-sincerely-
-laily-

Monday, September 26, 2011

Random #1

Salam !

Just wanna go thru~~~

Bila bermulanya minggu kedua, maka dengan rasminya aku dan kawan- kawan akan menjadi busy dek kerana assignment yang sudah mula membukit. Juga, kami cuba untuk aktif menyertai apa-apa aktiviti, Why? Nak kumpul pengalaman berharga dan tak ternilai ini. Peluang yang tidak mungkin berulang buat kedua kalinya. Tahun last untuk aktif menyertai program universiti, tahun last dah tak sempat, nak praktikal and buat thesis.

Malam tadi, 25sept2011, berlangsung Majlis Penutup MAKUM (Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia) ; Pertandingan Nyanyian Solo dan Lagu Patriotik. USIM jadi juara dan membawa pulang hadiah tempat pertama sebanyak RM2000.

Pagi tadi, kami join Perarakan Patriotik UPSI- wakil UKLK. Memang penat! Tired! Tapi 
seronok! Alright! Nak rehat lak, petang nanti nak masuk Lab Kimia pula. Wish me luck guys !


- SEDIKIT RENUNGAN -


‎"Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yg umur setahun jalan di pasaraya.."
-Orang kata dia tue perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takda orang taw.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun..

"Ada sorang lelaki.. Dia sangat² gemuk.."
-Orang kata dia tue tak taw jaga diri.. Tapi takda orang taw.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badan naik..

"Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takda.."
-Orang kata dia tue hodoh.. Sangat² hodoh.. Tapi takda orang taw.. Dia tue askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya..

P/s: Banyak benda dalam dunia nie.. Kita nampak.. Tak bermakna.. Kita taw segala²nya.
sekadar renungan bersama

Friday, September 23, 2011

Andai Nanti Cinta Itu Hadir Untukku (:


ya ALLAH
andai nanti cinta itu hadir untukku
biarlah cinta yang berhak bagiku
cinta yang halal pada pandanganMU

ya Allah
andai nanti cinta itu hadir
jangan biarkan cinta itu
melebihi cintaku padaMu
hingga aku lalai dari mecintaiMU


Ya Allah
andai nanti cinta itu hadir buatku
penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMU terlebih dahulu
biar rasa cintaku padaMU tetap seperti dulu

Ya Allah
andai nanti cinta itu hadir untukku
kurniakan seseorang yang hatinya penuh kasih kepadaMU
biar aku cinta padanya kerana aku kagum padaMU


ya Allah
andai nanti cinta itu hadir untukku
biarlah pengaduan atas deritaku
rasa syukur atas kebahagianku
hanya kupanjatkan kepadaMu terlebih dahulu
kerana aku yakin Engkau lebih memahamiku

ya Allah andai cinta itu hadir
khusyukkan aku dalam solatku
tenangkan aku dalam ibadahku
kerna fitrah insaniku telah Kau sempurnakan

ya Allah..
andai cinta itu hadir untukku
kurniakan aku insan yang Engkau cintai untukku
aminnn ya Rabbi...

Monday, September 5, 2011

Bait Puisi Ketika Cinta Bertasbih



Cinta adalah kekuatan 
yang mampu mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta
Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa
menuliskan kata-kata pecah berkeping keping
begitu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
engkau terbaring tak berdaya
bagaikan keldai yang berbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menguraikan
cinta dan percintaan


Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya !

Salam sejahtera  !!
Salam Aidilfitri !!
Salam Merdeka !!

Wahh, happynye dah raye, hari ni dah balik TM..sedihnye..nak kate tak puas cuti tak jugak, tak puas raye sekejap sangat. Raye first tahun ni raye kat umah sebelah mak aku..(cehh, padahal umah nenek sebelah mak ngan abah sekadar sekangkang kera ). Bes tahun ni, sume family ada theme masing2, family aku warna hijau tahun ni. Tapi tak sempat ambil gambar, ayah aku cepat sangat nak ke masjid, maka tak sempatla nak ambil gambar bersama-sama.

Lepas Zohor je kami 7 buah  kereta bergerak ke destinasi yang ingin ditujui 
-Jengka 1, Jengka 10 ,Jengka 18..
Dalam perjalanan itu, cewahh..memang jam, dan2 je ada accident, maka jamlah jalan. Budak - budak Mat Rempit ni xyah kire la, kereta ada ke x kat depan, main balun je nak lintas . Geram betul, aku risau accident je. Badan kecik! Tak padan nak bawak moto tengah jalan raya, bukan ada lesen pun 2..aku rase time tu jugak aku nak call polis trafik , dok kat tengah jalan tu ha. Biar aman sikit jalan. Tengok tu, time raya pun aku nak marah2. Sabar je la laily..

Raya kedua aku ingat nak ziarah kubur arwah atuk, tapi tak jadi, becoz sakit perut, tah makan apela sampai sakit perut, maka aku pun tak beraya lah pada hari kedua. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh, ameen~

Ok, papepun aku nak wish semoga korang berbahagia di dunia dan akhirat :)
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami~

Thursday, July 7, 2011

Apakah itu Vlogging?

Salam :)


Vlogging? Apa tu?
Basically yang aku tahu vlogging tu cam orang yang rakam video, lepas tu dia upload kat youtube..
Setelah aku bertanya kepada pakcik google,


" Video blogging, sometimes shortened to vlogging (pronounced 'vlogging', as opposed to 'v-logging') or vidding or vidblogging is a form of blogging for which the medium is video, and is a form of Web television. Entries often combine embedded video or a video link with supporting text, images, and other metadata. Entries can be recorded in one take or cut into multiple parts. It is also a very popular category on YouTube. "




 * Ha, amek kau sebijik aku copy paste dari Wikipedia


Korang mesti @ kompom @ for sure @ definitely pernah dengar nama ini
>Matluthfi
>AnwarHadi
>Maria Elena 
>Aiman Azlan
kn? Ha, yang diorang buat tu la vlogging..selepas aku terjah youtube ni, ada beberapa orang Malaysians yang telah femes disebabkan video diorang yang kelakar, mencuit hati ,menarik, menginsafkan, memberi pengajaran etc. Banyak yang kita boleh pelajari daripada mereka ini, bukan lawak semata- mata, malah lebih daripada itu.
Set2 empat orang ini aku dah tengok vids dorang , memang bagus, kompom dorang ni boleh jadi pengacara tv. ha, aminkan je..hehe.BTW, korang da best la !


Selepas dikaji dan selidik, ada beberapa orang vloggers yang aku jangka bakal meningkat namanya, TETAPI, yang meningkat tu mestilah upload video yang agak ilmiah, jangan main tibai je , orang pun tak suka, tapi satu aku suka diorang ni berani la. Bukan main banyak pujian yang diberikan MALAHAN kritikan tak kurang juga. Agak sakit hati jugak la kalau baca kritikan tu. Diorang ni set2 mental kuat ni..Pandai2 korang la ye :)


Nama2 ni bakal meningkat naik :-


>Kyopropraganda
>Mentol Pecah
>Afiqsays
>Van Deanvar
>ShahrinCool


*Take time to watch them !! :)
*Bangga sekejap becoz  a part of them are 90'ians :))
 HIDUP 90'ians !!

Wednesday, June 29, 2011

Hari Koperasi SMKCT 2011


Salam :)

Hari ini aku pergi menyebukkan diri ke perkarangan SMK Chini Timur, walaupun sekolah ni memang kat tempat aku, tapi ni second time kau masuk sekolah ni. Hari Koperasi SMKCT !

Macam- macam makanan yang dijual, sesampai di sekolah, aku dengan Pijah , merangkap kawan aku masa sekolah rendah, dak UiTM Shah Alam (nape aku promot Pijah ni? haha, bia dia bangga jap lw terbaca blog aku ni , hehe)terus cari gerai adik dia, merangkap  PKP (Pen. Ketua Pengawas), aku pelik,kenapa gerai adik dia ni jauh sangat dengan gerai2 lain? Jalan punya jalan , laa, petutla jauh daripada orang..PREFECT punye kan..haha, eksklusif betul !

Dah dapat beli nugget dengan chocolate shake, aku dengan Pijah pun berjalan mencari tempat duduk yang sesuai, last2 duduk dekat tempat makan belakang gerai prefect. Tempat tu dahla lelaki je yang duduk, tapi adalah budak2 lepasan SPM dengan cikgu lelaki. Aku dengan Pijah bantai duduk situ buat muka tak malu je . Haha .Baru duduk 2 minit, ada sorang cikgu ni pakai baju uniform Kadet Polis tegur kami, belajar kat mana... Aku pun dengan bangganya jawabla belajar kat UPSI. Cikgu tu pun macam terkejut. Yelah bakal cikgu ni. Haha. Pastu cikgu tu tanya aku course ap, aku pun jawabla kimia. Dia pun suka je, kate dia bagus :)

Aku pun apelagi, terkembang sekejap, terus semangat aku berkobar- kobar nak jadi cikgu , Yes ! Terima Kasih Cikgu ! Saya bersemangat nak jadi pendidik ni ! 
:)
SAYA GURU BITARA !

Tuesday, June 28, 2011

Kereta Oh Kereta..

Salam Satu Malaysia ^^ ..

Eh ada ke tak orang bace blog aku ni? Haha..Biola..Belasah je nak goreng ape kan..hehe
Cuti punyelah panjang, aku pun memenuhi masa lapang ini dengan mengambil lesen kereta. Daripada duduk melepak tak tentu pasal kat rumah, Baik aku buat perkara yang berfaedah, betul tak? hee
Lesen P kereta? Peh , memang terer aku bawak kereta , kalah orang buat drift, boleh jadi pelakon Syamsul Yusof aku ni. Yela, first time belajar kereta, Ya Allah, rase nak langgar sume benda yang ada kat depan mata. Tapi aku tengok orang lain bawak kereta cool je, takdek kalut pun. Takpela Laily, first time kan, belajar leklok ea..
P/S Harap2 aku pass la JPJ nanti, malas nak repeat2 ,.hehe , doakan yerk! :) Thanx !

Tuesday, May 24, 2011

Jap2, ce nyanyi (2x)


Berita Kepada Kawan

Kisah Hati

Realiti Insan

Lagu2 yang telah dinyanyikan sepanjang Bengkel MSK 2011 setakat 18- 24 Mei 2011, tunggu~~~
Ade lagi kot, takpe2
ce nyanyi (2x)

:)

Thursday, May 19, 2011

Tanjong Malim lagi!

Salam bloggers~

Tanjongmalim for Bengkel MSK :)

Wednesday, May 11, 2011

Never Be Replaced -1st Lady


 :)

:)

:)

Tuesday, May 10, 2011

:)

Salam readers :)

Laily ! Dah bape lame x hupdate blog kau ha? Readers pon da naik bosan nengok mende yang same je..
Hehe..orait2..its now aku nak update la ni .. :)

Alhamdulillah, syukur, semester 4 telah pun melabuhkan tirainya, ini bermaksud, aku ada 2 tahun lagi nak habiskan course aku ni. InsyaAllah, akan bertamu jua segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia dua tahunnn lagi. Sabar ea :)

Eh, kenapa aku rasa macam tiba- tiba buat penulisan jadi skima iaitu dengan menaip keseluruhan perkataan without shortform? Why ? Why? Hehe. Sebenarnya itulah yang lebih baik, kalau mesej takpela nak shortform, cube korang tengok balik , kan polite and proper sikit..Hiihii..ok, I'll try ..

Buat semua member- member seperjuangan, maksud aku students university merangkap pelajar degree, cuti panjang telah bermula !! Korang buat apa cuti ni? (Eh, Laily, kau ingat ni chatbox ke? )

Syoknye cuti panjang, xpernah hayat aku dapat cuti panjang ni, melainkan cuti selepas SPM (Tu lain cerita la, ni cite campus life). Yelah, sejak form 1 stay kat asrama, kali ini first time dapat puasa kat rumah setelah  8 tahun puasa kat hostel ! Yeah!!!! Rindu nak pergi bazar Ramadhan, beli kuih muih, air, macam- macam. Tu semua zaman darjah 6. Lepas tu dah tinggal kat asrama, beli kuih makcik kantin jela. Kadang - kadang beli air gedegang (air tin la ) mak ai,,rindu satu lagi,, rindu nak bukak puasa dengan member kat DeMa (Dewan Makan). 

Let me go through in this whole semester -Semester 4-

1- Aku dah sampai ke Cameron Highlands! Yeay ! Ok, entri dulu aku dah story, check it out ya :) 

2- Pergi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - Buat lawatan ke pusat pelupusan sampah, sampah yang
 kemudiannya menjadi baja kompos, bijak, tak gitu ?

3-K.E.D.A.H !! aku dah sampai Kedah..hangpa? Mai Kedah, Mai Ceq Mai, bes~ Pat minum ayaq tebu 
   Norhidayah Zainol @ Yaya SP (Dok bangga btoi ngan SP dia tu, aku pon tak tahu kenapa..=P). 
   
4-Kunjungan hormat ke Pejabat SPRM ( Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ) Negeri Perak :)
   Watikah Pelantikan di sana~

5-Kunjungan hormat ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Cantik siot buildings kat situ !

Ok, 18hb5 ni nak kene balik kampus semula, ada Bengkel Minggu Suai Kenal. Padan muka, tulah nak sangat jadi Sekretariat MSK..(Dalam hati - takpe- takpe, nanti dah tak dapat peluang macam ni :))
Orait ! Berusaha sehabis baik ! 

Saturday, March 19, 2011

Nayid Sem. 4

SALAM~

Hafiz Hamidun, Fitri Haris, In-Team, UNIC, Destiny, Mestica, Saff- One, Rabbani..
So the conclusion is???

  

 

Haha ~ Yes, semua pandai.. ini adalah group2 nasyid Malaysia ..
Sem. ni boleh kate aku dapat tengok semua group nasyid,,memang bes..
Peluang dan ruang yang telah diberi tak mungkin kusiasiakan..hehe~

Entahlah..aku ni semua jenis muzik aku boleh masuk,,except muzik yang keras la..
Betul, muzik Melayu, English, Indon, Korea..semua aku layan..
Tapi ada satu persoalan dalam benak hati aku, adakah orang Islam sekarang ini terlampau mengikut trend Barat?

Adakah student- student Melayu yang tergelincir sedikit dari jalan yang diredhaiNya ini kurang mendengar muzik dakwah ini?
Yes! Mesti ada yang kata Group Nasyid ni pandai main lagu cinta je..Bukan banyak lagu dakwah pun..
Itu pendapat masing  masing. Terserah kepada anda untuk menilainya. Bagi saya,.cewah..dan2 je saya..mm,.,boleh jugak..Memang betul remaja tak dapat lari dari alam percintaan,,itulah godaannya..
Fikirlah sendiri , masing - masing sudah besar untuk memikirkannya. Masing- masing mempunyai prinsip sendiri. Walaupun ada lagu cinta yang dimainkan oleh pemuzik nasyid ini, namu mereka berniat ke arah kebaikan..InsyaAllah..Cuba fikir ya, lagu nasyid yang berunsur cinta ini sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan kita. Apabila kita mendengar lagu nasyid ini , automatik hati kita akan teringat kepada Allah.
 Terdetik sesaat kepada keagungan Ilahi ,,apa yang kita dapat?
Pahala kawan kawan..~ 
Bukan mudah untuk membina hati yang tabah dan iman yang kental . Saya juga masih bertatih ..saya bukanlah seorang yang sempurna untuk bercerita tentang iman yang ada. Namun iman boleh dipupuk.

 KEPADA ANDA !


BERSYUKURLAH KERANA ANDA MASIH DIBERIKAN PELUANG UNTUK MENDENGAR LAGU NASYID, ZIKRULLAH..SEBENARNYA ALLAH MASIH SAYANGKAN ANDA!

Dia tidak mahu anda terjatuh ke jalan yang dimurkaiNya.
Yes ! Kadang kala saya juga tergelincir, namun, bersyukurlah kerana kehidupan yang kita lalui sekarang ini adalah yang terbaik  untuk kita. So, the conclusion is,
dengarlah lagu nasyid sekali - sekala.

Janganlah asyik melayan lagu English..beri ruang dan peluang untuk diri sendiri..
Kemunculan dan fenomena Maher Zain memang tepat pada masanya. Kita semua tahu, dunia ini semakin hampir tua umurnya. Nasyid Maher Zain sedikit sebanyak menyedarkan kite semua.InsyaALLAH =)

Tuesday, February 15, 2011

Salam bloggers! =)

Berape lame dah x update blog ni..sorry ya friends..im quiet busy doing my assignment...
Tanggal 12-13 Feb. 2011 ak telah berjaya menapakkan diri ke Cameron Highland buat pertama kalinye!!
Camne leh smpi sane? (haa,,jgn lupe im taking KH as my minor programme..this trip was under Perkebunan dan Hortikultur)
Alhamdulillah..ad rezeki sampi kt sana, walaupun ak ni org Pahang, tapi umur 20 tahun baru smpai Cameron Highland. YES! Memang best! Tak terkate betapa cantiknye view kt situ..juz kindly please scroll down ur mouse =) 
Cameron Highland ! Gotcha!

Depan asrama -mende tah name tmpt 2 ak xtw..reti tdo je..

Ladang teh!





Dormmate =)






Tenaga pengajar-En. Hanafi, En. Burn , En. Nazri



THAT 'S IT ! 
ENJOY =)




Saturday, January 8, 2011

Fitri !

Hi bloggers !!!!!
(cewah..cm ramai je org yg bace blog ak ni..mimpilah laily!!)

Hai ! Assalamualaikum..
Dah lame x update blog . Entah kenape perasaan untuk menulis semakin kurang. Tibe2 ad sahabat JAUH sy request untuk ak menulis balik.hahah..bagus Cik Azira Yasmin! You're inspiring me! 

Nak cerita pasal ap ye? Hemm..hari ni genap seminggu ak meninggalkan rumah tercinta..Sangat rindu kat adik ak yg bongsu 2-FITRI. Actually excited rindu kt dy sebb dy baru masuk darjah 1. Excited nak tahu perkembangan dy. Lagipon mcm2 perkara dalm kepala ak ni..Risau, gembire..risau sbb adik ak xdek org yg nk jagekn..lw mase adik laki ak skolah rendh dlu..adela ak yg tlg tengokkn. Tp adik pempuan ak yg atas Fitri ni dah form 2..so xdek la kkk yg leh tgkkn dy..mnx2lah adik ak 2 sihat walafiat n xdek kesusahan yg melanda sepnjg persekolahan dy. Hari 2 tny adik ak, ap yg bes kt skolah..dy jawab.."beli2"....hahah.Mmg la baru masuk sekolah kebangsaan barula nak pndai gune duit....



Baju baru, beg baru, kasut baru, stokin baru..heheh

Ok, 2 je kot? hahah..
Don't ya stop following my blog! 
Thanx!


Hi bloggers !!!!!
(cewah..cm ramai je org yg bace blog ak ni..mimpilah laily!!)

Hai ! Assalamualaikum..
Dah lame x update blog . Entah kenape perasaan untuk menulis semakin kurang. Tibe2 ad sahabat JAUH sy request untuk ak menulis balik.hahah..bagus Cik Azira Yasmin! You're inspiring me! 

Nak cerita pasal ap ye? Hemm..hari ni genap seminggu ak meninggalkan rumah tercinta..Sangat rindu kat adik ak yg bongsu 2-FITRI. Actually excited rindu kt dy sebb dy baru masuk darjah 1. Excited nak tahu perkembangan dy. Lagipon mcm2 perkara dalm kepala ak ni..Risau, gembire..risau sbb adik ak xdek org yg nk jagekn..lw mase adik laki ak skolah rendh dlu..adela ak yg tlg tengokkn. Tp adik pempuan ak yg atas Fitri ni dah form 2..so xdek la kkk yg leh tgkkn dy..mnx2lah adik ak 2 sihat walafiat n xdek kesusahan yg melanda sepnjg persekolahan dy. Hari 2 tny adik ak, ap yg bes kt skolah..dy jawab.."beli2"....hahah.Mmg la baru masuk sekolah kebangsaan barula nak pndai gune duit....



Baju baru, beg baru, kasut baru, stokin baru..heheh

Ok, 2 je kot? hahah..
Don't ya stop following my blog! 
Thanx!