BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 27, 2012

Alkisahnya..

Assalamualaikum

Nota hati :

Di suatu pagi yang hening..
Ada seorang makcik datang ke rumah untuk mengurut adik aku yang mana tulang pinggangnya agak terkehel. Dek kerana selalu mengangkat kaki sebelah di atas kerusi.
Emak menemani k.cik diurut diruang hadapan.

Aku & abah di dapur.
Emak kalut suruh aku memasak, mentang - mentang la ada orang datang kan.
Malu pulak kalau anak dara dok saje, abah yang memasak.
Aku pun turutkan.

--Tiba-tiba
"Lily, rendam teh dalam air panas" kata mak.
"Yela, mak" ujarku.
Alamak, dahla tengah memasak ni, suruh rendam teh pulak (macamla susah sangat).
Aku baru nak cari bekas teh & air panas, tengok- tengok, abah dah kacau teh dalam jug.
Aku sepantas kilat cari talam dan dua biji cawan.
Dalam dua minit, air tersedia untuk tetamu.
[Itulah penipuan yang berlaku di dapur, kekeke, abah dah siap buatkan air kot
abah memang rajin memasak, aku memang takleh lawan, tula masalahnya]

Selepas beberapa minit, makcik tu pun siap mengurut adikku.
Dia masuk ke dapur untuk membasuh tangannya yang berminyak.

--
"Dah pandai belajar, dah pandai masak, bila nak kahwin ?" tegur makcik tu.
Erk, sentap sekejap. (Padahal bukannya pandai memasak sangat pun, takat biase-biase je retila)
"Lambat lagi cik, hehe"ujarku.

--Ish, ni la yang aku xberapa nak suke ni, tanya pasal kahwin.
Hadoii.

-Terimakasih sudibaca :)-

0 comments: