BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 26, 2012

Cinta Dalam Diam


Nasihat untuk diri sendiri dan semua :

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan memberikan kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.


Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her/him, you won’t touch her/him.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslim/ muslimah.
Just hold her/him in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way...

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

p/s : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

Thursday, December 20, 2012

Alhamdulillah .

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, 
Telah banyak aturan yang Allah berikan berjalan dengan lancar.
Aku bersyukur dengan segala nikmatMu Ya Allah..
-Tesis berjalan dengan lancar
-Result praktikum, berjaya !!
-Baktisiswa ke Desa, Mendidik Belia Anti Rasuah, berjaya

-Dapat duduk kolej untuk sem 8, berjaya 
Alhamdulillah !!! :))

Wednesday, November 28, 2012

Bertapa di Lab Tesis


Assalamualaikum (:

Alhamdulillah dah due minggu berada di bumi bertuah UPSI Tanjongmalim. Niat nak teruskan Final Year Project sampai ke titisan yang terakhir ! Cewahh, semangat gila. Ingatkan nak buat analysis & report writing sementara menunggu kehadiran hujung bulan 1 yang amat ku nantikan. Hihiks.
Final Year Project yang aku jalankan adalah bertajuk Synthesis & Characterization of Zinc Complex of Hydrazone. Sebahagian daripada ilmu Inorganic Chemistry. Alhamdulillah, penyelia FYP aku sangatlah caring orangnya. Rasa bertuah sangat ! Kan Dr. Yusnita , hehe :)

Masa sem 6 kitorang, (aku, Wanie & Shima) dah synthesis metal complex tu, so sekarang masa untuk menjalankan characterization dengan menggunakan beberapa instrumen, iaitu :

1-FT-IR Spectroscopy (Fourier Transform-InfraRed)
2-NMR (Nuclear Magnetic Resonance)
3- UV-Visible (UltraViolet Visible)
4-AAS (Atomic Absorption Spectroscopy)
5-TGA (ThermoGravimetric Analyzer)
6-DSC (Differential Scanning Calorimetry)
7 - ?

Eksaited dapat run guna alatan yang selama ini hanya dapat dilihat apabila melalui lab chemistry sepanjang semester 1-5. Hihiks. Dapatla merasa guna instrumen yang mahal tu kan. :D
Seminggu yang lepas masa hanya habis untuk pergi meeting bersama orang kampung untuk program baktisiswa SPR UPSI & ke Kuala Lipis untuk majlis walimatul urus sahabat kami - Syakirah & suami. Tahniah, barakallahu lakuma <3 .="." p="p">

Minggu ni baruulah betul- betul dapat run characterization. Alhamdulillah, mudah - mudahan berjalan lancar semuaanya. Aameen.


#Wani dah balik, Shima akan balik, aku ??? Nak balik jugakkk (nanges).


Saturday, October 27, 2012

Jom bersihkan sawang Part 2

Assalamualaikum ! ^^

Cerita tentang pengalaman berpraktikal disambung . . .(tet, tet, background music)

Aku mengajar dua kelas sahaja. 2 Cekal dan 4 Dinamik di SMK Rantau Panjang, Bestari Jaya.

2 Cekal : Subjek : KHB-ERT & Sains .

Half students India, half students Malay, calon - calonnya adalah 
[Fitri, Firdaus, Shahfiuddin, Fakhrudin, Faizal, Helmi, Ragu, Syikin, Athirah, Ezaty, Nurin, Ain, Rabiatul, Suhada dll.] Dorang ni sangat nakal. Pernah sekali tu habis kelas kemahiran hidup dalam bengkel kayu. Dorang boleh nak kunci aku dalam bengkel tu ! Kurang asam betul, aku nak marah ada jugak, nak gelak pun ada jugak. Untungla cikgu muda, kalau cikgu dah berumur, mau dihempuknya korang. Hahaha. Itulah antara perkara yang aku takkan lupa.

If dalam kelas Sains, aku adelah cikgu yang lembut, tapi kadang- kadang garang sampai membuatkan pelajar terkedu. Kadang kadang pada satu sisi, aku rasa aku tak boleh jadi guru sebab terlalu berlembut dengan pelajar, tapi pada satu sisi aku fikir pelajar sekarang memang tak boleh berkeras apabila berhadapan dengan mereka. Kelas 2 Cekal jugalah yang selalu aku jadikan mangsa kemarahan aku. Dalam erti kata lain, nasihat. Banyak sangat dah nasihat yang aku bagi kat dorang, harap dorang boleh sedar akan tanggungjawab yang dipikul pada bahu masing masing. Kelas terakhir dengan dorang, aku membebel lagi buat kali terakhir, bukan apa, kau takut diorang terlalu asyik dengan 'kesenangan' yang dorang dah ada. Kalau tak ubah diri sendiri, siapa lagi ! (Haaaa, amek kau aku membebel kat blog pulak, sory, hihik)

4 Dinamik : Subjek : Kimia

Members : Daus, Kamal, Siva, Fadhilah, Wahida, Thivya, Fatin, Syikin, Syaida, Amiera, Umi, Safiana
Seriously aku langsung tak pernah marah dorang kaw2. Sebab apa ? Dorang ni dah macam adik aku sangat, tak boleh nak marah sebab gejolak hati seorang bernama remaja tak boleh dijerkah. Andai dijerkah, maka akibatnya anda tahulah sendiri. Sebab masing masing dah pernah lalui zaman teen'ager's kn..?
Aku sayang sangat kat 4D ni sebab dorang penyebab aku semangat nak ajar kimia. Berhempas pulas aku cuba buat kelas tambahan untuk dorang, buat latih tubi, harapan aku dorang lulus dengan cemerlang. Cikgu harap korang dapat continue subjek kimia dengan jayanya bila masuk form 5 nanti :)

To be continue~