BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 27, 2012

Jom bersihkan sawang Part 2

Assalamualaikum ! ^^

Cerita tentang pengalaman berpraktikal disambung . . .(tet, tet, background music)

Aku mengajar dua kelas sahaja. 2 Cekal dan 4 Dinamik di SMK Rantau Panjang, Bestari Jaya.

2 Cekal : Subjek : KHB-ERT & Sains .

Half students India, half students Malay, calon - calonnya adalah 
[Fitri, Firdaus, Shahfiuddin, Fakhrudin, Faizal, Helmi, Ragu, Syikin, Athirah, Ezaty, Nurin, Ain, Rabiatul, Suhada dll.] Dorang ni sangat nakal. Pernah sekali tu habis kelas kemahiran hidup dalam bengkel kayu. Dorang boleh nak kunci aku dalam bengkel tu ! Kurang asam betul, aku nak marah ada jugak, nak gelak pun ada jugak. Untungla cikgu muda, kalau cikgu dah berumur, mau dihempuknya korang. Hahaha. Itulah antara perkara yang aku takkan lupa.

If dalam kelas Sains, aku adelah cikgu yang lembut, tapi kadang- kadang garang sampai membuatkan pelajar terkedu. Kadang kadang pada satu sisi, aku rasa aku tak boleh jadi guru sebab terlalu berlembut dengan pelajar, tapi pada satu sisi aku fikir pelajar sekarang memang tak boleh berkeras apabila berhadapan dengan mereka. Kelas 2 Cekal jugalah yang selalu aku jadikan mangsa kemarahan aku. Dalam erti kata lain, nasihat. Banyak sangat dah nasihat yang aku bagi kat dorang, harap dorang boleh sedar akan tanggungjawab yang dipikul pada bahu masing masing. Kelas terakhir dengan dorang, aku membebel lagi buat kali terakhir, bukan apa, kau takut diorang terlalu asyik dengan 'kesenangan' yang dorang dah ada. Kalau tak ubah diri sendiri, siapa lagi ! (Haaaa, amek kau aku membebel kat blog pulak, sory, hihik)

4 Dinamik : Subjek : Kimia

Members : Daus, Kamal, Siva, Fadhilah, Wahida, Thivya, Fatin, Syikin, Syaida, Amiera, Umi, Safiana
Seriously aku langsung tak pernah marah dorang kaw2. Sebab apa ? Dorang ni dah macam adik aku sangat, tak boleh nak marah sebab gejolak hati seorang bernama remaja tak boleh dijerkah. Andai dijerkah, maka akibatnya anda tahulah sendiri. Sebab masing masing dah pernah lalui zaman teen'ager's kn..?
Aku sayang sangat kat 4D ni sebab dorang penyebab aku semangat nak ajar kimia. Berhempas pulas aku cuba buat kelas tambahan untuk dorang, buat latih tubi, harapan aku dorang lulus dengan cemerlang. Cikgu harap korang dapat continue subjek kimia dengan jayanya bila masuk form 5 nanti :)

To be continue~



0 comments: