Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah
Aku rasa malu padaMu
Meskipun aku telah membuat banyak khilaf
Limpah RahmatMu senantiasa bersamaku
Aku sebenarnya
Sedikit lelah dengan perjalananku
Kebelakangan ini
Ada sahaja masalah yang timbul
Aku letih menghadapi cabaran ini
NAMUN,
Kini aku sedar
Semua ujianMu adalah tanda Engkau mengingati
HambaMu ini
Aku bersyukur kerana Engkau tidak melupakanku
Aku cuba menambahkan sabarku dalam ujianMu
Aku cuba menenangkan diri dengan sentiasa mengingatiMu
Ya Rahim
Jauh di lubuk hati aku
Aku sangat bersyukur kerana
Banyak jalanku yang telah Engkau permudahkan
Ya Rahman
Aku bermohon Engkau bimbinglah diriku, keluargaku, guru-guruku,
rakan- rakanku dan umat Nabi Muhammad s.a.w semuanya,
Di atas jalan rahmatMu sehingga ke hujung nyawa kami
Sesungguhnya Engkau pemberi kekuatan dan semangat kami
Ya Allah
Kurniakanlah kami rezeki yang murah lagi halal
Dan limpahkanlah kami dengan rezeki yang tidak disangka- sangka
Serta jadikanlah kami orang- orang yang bersyukur,
Ameen Ya Rabb :')
0 comments:
Post a Comment