Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
As salam~
Betapa jauhnya motor abah dah pergi, hanya Shima dan Liza je yang tahu.
Betapa mencabarnya perjalanan kami pagi tadi, hanya Allah yang tahu.
Aku bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.
Kami bertujuan untuk mendapatkan kebenaran untuk membuat macroteaching di SMK Bandar Behrang 2020.
Tak tahu jalan, jalan ke TF tahu.
Redah je, alhamdulillah sampai dan betul.
Tak susah.
Cabaran ke dua, kene pergi PPD Daerah Batang Padang.
Jauhnya.
Tengok signboard 57km.
Aduh, fikir sekejap.
Naik motor, pakai baju kurung.
Lastly redah juga, gigih alhamdulillah, inilah semangat seorang bakal guru.
Perjalanan pergi ke PPD lebih kurang 2 jam, campur sesat .
Perjalanan balik 45 minit, jalan lurus dari highway Tapah ke exit highway Behrang.
Alhamdulillah, tak hujan.
Perjalanan mudah.
Syukur tak terucap.
:)
Alhamdulillah , hanya Engkau sahaja yang tahu.
Semoga urusan kami dipermudahkan..
-ameen-
0 comments:
Post a Comment