As salam readers ^^
Bismillahirrahmanirrahim~
Alhamdulillah, tika ini aku keseorangan di rumah sewa ini.
Wani dah balik malam tadi.
Shima baru je berlalu 3 minit yang lalu.
Aku?
Biasanya aku akan jadi orang paling lewat balik and paling awal datang sini semula.
Kali ni aku taknak jadi orang first balik rumah ni !
Oke ^^
Syukur alhamdulillah akhirnya tirai sebenar- benar tirai semester 5 telah tamat pada jam 11 am nanti.
Aku bersyukur kerana dipermudahkan segala and setiap urusan dari sekecil- kecil hingga sebesar- besarnya.
Itu semua kuasa Allah Taala.
Aku, hanya menurut qada' dan qadarNya
Semester 5 meninggalkan kesan memori amat mendalam pada diri aku.
Sebermula seminggu awal semester 5 aku telah terlibat dengan Minggu Suai Kenal, then jalankan tanggungjawab memegang portfolio sebagai Biro Ceramah SPR UPSI.
Family ini banyak mengajar aku erti tabah, sabar, cekal dalam menempuhi dugaan hidup.
Dikuatkan lagi dengan kehadiran 4 lagi tulang belakang kesayanganku--> Wanie, Umie, Shima, Yaya.
[Mereka ni sahabat sejati aku, sayang diorang sangat2]
Berbalik kepada Family SPR UPSI, aku sangat sayang family ini, diorang adik beradik aku yang aku takkan sangka akhirnya begini.
Ikatan kami sangat erat, kalau nak makan, jalan- jalan mesti ajak family ni.
Tak tahulah kenapa kuat sangat bonding kami.
Sampai-sampaikan ada yang sanggup xpergi ceramah sebab nak tolong licinkan flow program.
Entah kenapa ? Tak faham jugak? Cuba tanya tuan empunya diri kenapa buat macam tu?
Deep in my heart, aku harap persahabatan kita ni kekal sampai ke akhir hayat, bukan mudah nak kekalkan persahabatan yang telah terbina, diri sendiri harus ingat bahawa rakan inilah yang banyak membantu di kala susah dan senang.
Banyak dugaan pahit dan manis yang aku lalui semester ini. Perkara yang paling aku ingat dan menjadi pengajaran kepada aku adalah, jangan menganggap seseorang itu terlalu sempurna. Setiap orang ad kelebihan dan kekurangan tersendiri, walaupun kita rasa kita banyak kekurangan daripada dia, kita jangan kecil hati. Cuba tabah dan sabar serta belajar menjadi lebih baik, Lillahi Taala, insya Allah.
May Peace Be Upon You :)
# Im gonna miss you semester 5!!!
0 comments:
Post a Comment