BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 26, 2012

Jom bersihkan sawang !




Assalamualaikum !

Woahhh, dah bersawang sane sini dah blog aku ni ..
4 bulan tak update since masuk praktikum kat sekolah. Hamboihh, lagaknya macam dah cikgu tetap, bizi beno sampai tak menyempat nak update.
Anyway, akhirnya aku dah habis menjalani praktikum selama 4 bulan.
Warggh, macam xpercaya jer !
Dapat juga aku mencapai tarikh 19 Oktober 2012 yang amat - amat diimpikan.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, sebenarnya perkara yang paling aku takut adalah  'ter'ambil cuti lame, [maksud aku cuti lebih 3 hari, sebab guru pelatih tak boleh cuti sakit lebih daripada 3 hari, kalau tak ..? you know what ? kene repeat praktikal ! scary gila mase mula2 tuh] :), tapi dapat jugak pergi sekolah hari- hari tanpa ada masalah demam teruk ke apa ke :)


Pengalaman berpraktikal di sekolah ?
Banyakk sangat tak terkira, tapi aku akan cuba ceritakan mana yang teringat ^^

Pengalaman manis :
Guru-guru yang sangattt sporting ! boleh dibuat kawan, Cikgu yang paling aku ingat adalah Kak Umie selaku roomate aku. Banyak tempat tempat baru yang dia dah bawa aku. Tempat di mana aku tak pernah bertapak di situ. Dan aku rasa bertuah ditempatkan di Kuala Selangor ini. Paling tidak, aku dah tahu jalan dari Pahang ke Sekinchan-Pasir Panjang - tempat lahir ibuku.

Jom review tempat :) 
1- Kuang [ De Manggis ] - tempat makan steamboat yang kaw2 punya ! memang takkan dapat dilupakan tempat ni , tempat ni mudah je nak cari, tepi jalan besar, and ramai orang biasa reserved tempat untuk makan kat sini. Nak makan kat sini ? Sila kempiskan perut anda sekempisnya (maksudnya biarkan perut lapar). Aku tak ingat berapa harga sekepala, tapi anggaran aku RM25/person. Melantakla banyak mane nak makan, janji sampai korang rase berbaloi dengan harga tu. Jangan jadi macam aku, disebabkan tak ready nak makan kat situ, aku dah makan banyak sebelum tuh, anggaran makan alahai RM15 je kot ? -,-

2-I -city, Shah Alam -tempat yang famous amos ni la Wani ngan Dayah dah ajak aku pergi tahun lepas, tapi aku tak pergi sebab konon nak study (konon2), tapi dapat juga aku pergi dengan K.Umi, time aku pergi tu orang tengah lawan bola Piala Malaysia-semi final. kosong je i-city tu..kosong, kosong, ooo~

3- Bukit Malawati, Makam Diraja Selangor
Mak ai, memang aku tak tahu menahu langsung! Dah sampai atas baru aku tahu adanya makam Diraja disituh! Aishh, tak mantap lagi bab sejarah aku ni ! :) Agak terkejut sebab dah selalu melepaks dekat KS tu, tapi tak tau ada makam diraja, apalagi, aku pun tereksaited ambil gambar, hihiks.

4-The Summit, USJ
Woahh, rase aku takkan dapat pergi tempat tu melainkan bernasib baik ! Haha, yela tempat tu kat pusat bandar la juga. Aku selalu jalan- jalan Sogo, Midvalley, Time Square, tu je la. Tempat berlangsungnya Pertandingan Kecergasan Peringkat Kebangsaan 2012. Perghh, sampai sampai sana, peserta dah sibuk berlatih untuk membuat persembahan lompat tali. Ramai jumpers yang aku jumpa hebat hebat belaka. Aku paling tak lupa sokong team Pahang- representative-SHAH jumpers (support juga sebab jiran sekolah). Paling terkezutt bila sesi petangnya ada pertandingan bina badan. Mak aii, penonton lagi ramai daripada penonton yang tengok jump ropes. Aku tak tengok,,aku tengok muke je ;p

5-SMK Rantau Panjang
Mestilah kena mention.Hehe. Banyak sangat kenangan terpahat dalam ingatan aku ni. Buat kelas tambahan, belanja 4D makan KFC, Join Peatland Forest Rangers Programme yang mana dipersembahkan dalam Mag7, ntv7. Tak boleh lupa time ni, haritu aku terlupa yang rancangan Mag7 akan on air. Aku pun selesai je solat, baru nak angkat Al Quran, mesej masuk, tettt, "Salam, cg jangan lupa tengok Mag7 sekarang"-Daus. Lepas K.Umi pulak tiba - tiba menjerit, "Laily !! Jom tengok tv !" Aku serta merta lintang pukang terkejut mak aii, terus cabut telekung, aku lempar je kat atas tilam, terus alih ntv7. Tuudia, khusyuk gila melayan Mag7 start 7.30pm sampi pukul 8 dengan harapan yang berkobar -kobar adalah muka aku on air. Tapi sayang, tak dek pun ! Hampeh. Takpela, lain kali kot ! Bagi sejuk hati konon :P

To be continue ~


Saturday, June 30, 2012

Minggu Pertama Praktikum-mystory

Assalamualaikum wbt..

First week of practicum. Surely I'm all by myself. No one here.
Tapi, aku bersyukur kerana dapat kawan- kawan (guru2) yang amat mengambil berat tentang diriku.
Pada mulanya, aku agak kekok untuk berinteraksi bersama mereka.
Tapi perhubungan itu terjalin dengan semulajadi.
Sangat berterimakasih kepada ahli rumah sewaku ini, terutamanya k.umi, k.sha, k.ida dan k.na.
Semuanya sangat baik ! Terlebih untung aku sebab kedua- dua guru SMKRP adalah bekas eplajar UPSI.
Jadi sedikit sebanyak mereka membantu aku.

Pada hari pertama aku berada di tapak perhimpunan, aku agak terkejut, hampir separuh warga sekolah adalah berbangsa India, aku cekalkan hati. Bukan apa, agak sukar untyk berkomunikasi dengan bahasa yang tidak aku faham. Beberapa hari kemudian, aku mula berkomunikasi dengan pelajar.
Kelas pertama- relief-kelas 2 Bakti, sedikit pelajar melayu dan ramai pelajar india. Aku mulakan langkah!
Aku bersuara keras agar mereka mendengar kata, namun hal ini hanya pada mula kelas sahaja, setelah itu mereka semain bising. Aku bersuara lagi, aku gertak mereka agar tidak bising. Alhamdulillah kelas dapat dikawal. namun, aku masih tidak mampu untuk mendepani mereka lagi, harap tak dapat kelas tu walaupun relief.
hari seterusnya, menjadi pengadil Lontar peluru Lelaki bawah 15 dan bawah 18, Semua student dan guru sporting !Semakin lega perasaan aku waktu itu.
Hari kemudiannya, tanpa dijangka, k.umi mengajak aku pergi ke Sogo KL, Rombongan geng jalan2 dah mula menunggu kami di RnR Ijok, K.wan hanan, k.ina, dan k.kin yang sangat baik hati. Alhamdulillah perhubungan semakin baik dengan guru2 SMKRP. 
Kemudiannya semakin mengenali k.suria, k.pah, k.emy dan k.marlina. semuanya sporting dan bes :)
Membantu k.emy sebagai AJK Cenderahati semasa Kejohanan Olahraga SMKRP 2012. Pengalaman yang sangat menarik, setelah sekian lama aku memegang rumah biru, akhirnya aku dapat memegang rumah kuning-syahbandar. Sangat penat, walaupun rumah syahbandar mendapat tempat ketiga keseluruhan, namun aku tetap gembira, entah apa yang menyebabkan benak hatuku ini girang, mungkin layanan guru2 ynag baru aku kenal ini hampir membuat aku menangis sebenarnya, jujur, aku tak kuat untuk hadapi praktikum ini sendirian tanpa rakan, namun, aku rasa aku telah menemui rakan sebenar yang akan membimbing aku untuk menjalani praktikum ni dengan jayanya, sekejap sahaja rasa sayang aku telah melekat pada mereka, harap persahabatan ini kekal. 
InsyaAllah :')

Thursday, June 14, 2012

Counting days to. . .


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh~

Alhamdulillah, kini aku berada di rumah.
Menjalani sesi rehat dan rawat diri setelah berhempas pulas menjalani semester 6.
I'm counting days to ...
PRACTICUM at SMK Rantau Panjang, Bestari Jaya.
7 days left to go~
Am I ready ?
I dont feel so, but I,ve to ~
I must!
But I'll give myself a little ample time to rest before keep fighting for my studies~
U can do it laily!
Innallaha ma'aana <3

Tuesday, June 12, 2012

Rumah Sewa


Assalamualaikum ~
Penat sangat 2 minggu before study week until this day.
Esok balik rumah, yeay !
Alhamdulillah urusan rumah sewa untuk praktikum dah selesai.
Tinggal datang je, semoga dipermudahkan untuk berpraktikum ^^
Malam ni, malam terakhir tinggal kat rumah ni, banyak knangan suka dan duka terpalit disini.
Semoga ukhwah ynag terjalin hingga keakhirnye~