BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 10, 2011

# Random 2

Salam perubahan~


Alhamdulillah, setelah berhempas pulas selama 4 hari untuk gerak kerja bagi 2 program, akhirnya kami team SPR UPSI dapat menjayakan program. Memang penat. Dua event untuk hari sabtu dan ahad. Masa untuk buat assignment memang terganggu, TETAPI, pengalaman berharga sukar dimiliki andai tidak dicari. Semuanya untuk persediaan menjadi insan kukuh dalaman dan luaran (:

Petang tadi, dalam jam 3.30 petang, team SPR UiTM telah selamat tiba di UPSI bagi membuat kunjungan muhibbah. Pelbagai perkara telah kami kongsikan. Gembira dapat bertemu dengan SPR UiTM. Harap hubungan ini terjalin dengan kukuh demi mencegah rasuah ! Tapi sedih tak dapat hantar diorang balik - terpaksa lari untuk memenuhi komitmen sebagai pelajar yang mengambil kursus microteaching~ buat assignment last minute~ Sedih tak dapat bergambar dengan team SPR UPSI n SPR UiTM. Takpelah , just take it easy laily~

-CARRY ON YOUR RESPONSIBILITY AS A STUDENT TOMORROW-
-TRY HARD, EFFECTIVE AND SUCCESS-

Saturday, October 8, 2011

Tanggal Puisi Perangi Rasuah SPR UPSI

As-Salam~

Alhamdulillah, selesai sudah satu program pertama SPR UPSI pada semester ini, Pertandingan Tanggal Puisi Perangi Rasuah . Semuanya berjalan lancar walaupun berlaku ad-hoc , buat team SPR UPSI yang terbaca blog ini, thank for everything !cayang korang sume ~~ Esok, SPR UiTM Shah Alam akan membuat kunjungan muhibbah, harap2 semuanya berjalan lancar~ Ameen.

Jom serang pasar malam Tanjongmalim!! Yeayyyyyyy!


-rase macam di awang- awangan [Mood : Letih]-

Friday, October 7, 2011

KOMITMEN

SALAM JUMAAT! BARAKALLAH FRIENDS~

Assignment melambak, aktiviti pun bersusun!
Tabah dan cuba beri komitmen yang terbaik sebagai pelajar,
sebagai pemimpin, sebagai seorang anak, sebagai hambaNya~

Biarkan hatimu berlalu
Bukalah lembaran baru
Jadikan dirimu seorang yang tabah dan sabar
dalam menghadapi onak dan duri~

-jumaat yang mulia-

Thursday, October 6, 2011

Be strong !

SALAM~

Letih melayan karenah manusia.
Pelbagai ragam.
Apabila kita memberi rasa hormat dan percaya,
mereka membalasnya dengan rasa tidak percaya dan ragu-ragu.
Tanggungjawab adalah berat, tetapi sampai bila rasa percaya itu
tidak mampu digalas dan diberikan kepada orang lain.
Betul, setiap perkara yang kita lakukan mestilah cermat, tepat dan berkualiti.
Namun, sekurang-kurangnye, berilah peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman baru disamping mendapat sokongan dan bimbingan.

-sincerely-
-laily-