BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 8, 2011

Tanggal Puisi Perangi Rasuah SPR UPSI

As-Salam~

Alhamdulillah, selesai sudah satu program pertama SPR UPSI pada semester ini, Pertandingan Tanggal Puisi Perangi Rasuah . Semuanya berjalan lancar walaupun berlaku ad-hoc , buat team SPR UPSI yang terbaca blog ini, thank for everything !cayang korang sume ~~ Esok, SPR UiTM Shah Alam akan membuat kunjungan muhibbah, harap2 semuanya berjalan lancar~ Ameen.

Jom serang pasar malam Tanjongmalim!! Yeayyyyyyy!


-rase macam di awang- awangan [Mood : Letih]-

Friday, October 7, 2011

KOMITMEN

SALAM JUMAAT! BARAKALLAH FRIENDS~

Assignment melambak, aktiviti pun bersusun!
Tabah dan cuba beri komitmen yang terbaik sebagai pelajar,
sebagai pemimpin, sebagai seorang anak, sebagai hambaNya~

Biarkan hatimu berlalu
Bukalah lembaran baru
Jadikan dirimu seorang yang tabah dan sabar
dalam menghadapi onak dan duri~

-jumaat yang mulia-

Thursday, October 6, 2011

Be strong !

SALAM~

Letih melayan karenah manusia.
Pelbagai ragam.
Apabila kita memberi rasa hormat dan percaya,
mereka membalasnya dengan rasa tidak percaya dan ragu-ragu.
Tanggungjawab adalah berat, tetapi sampai bila rasa percaya itu
tidak mampu digalas dan diberikan kepada orang lain.
Betul, setiap perkara yang kita lakukan mestilah cermat, tepat dan berkualiti.
Namun, sekurang-kurangnye, berilah peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman baru disamping mendapat sokongan dan bimbingan.

-sincerely-
-laily-

Monday, September 26, 2011

Random #1

Salam !

Just wanna go thru~~~

Bila bermulanya minggu kedua, maka dengan rasminya aku dan kawan- kawan akan menjadi busy dek kerana assignment yang sudah mula membukit. Juga, kami cuba untuk aktif menyertai apa-apa aktiviti, Why? Nak kumpul pengalaman berharga dan tak ternilai ini. Peluang yang tidak mungkin berulang buat kedua kalinya. Tahun last untuk aktif menyertai program universiti, tahun last dah tak sempat, nak praktikal and buat thesis.

Malam tadi, 25sept2011, berlangsung Majlis Penutup MAKUM (Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia) ; Pertandingan Nyanyian Solo dan Lagu Patriotik. USIM jadi juara dan membawa pulang hadiah tempat pertama sebanyak RM2000.

Pagi tadi, kami join Perarakan Patriotik UPSI- wakil UKLK. Memang penat! Tired! Tapi 
seronok! Alright! Nak rehat lak, petang nanti nak masuk Lab Kimia pula. Wish me luck guys !


- SEDIKIT RENUNGAN -


‎"Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yg umur setahun jalan di pasaraya.."
-Orang kata dia tue perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takda orang taw.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun..

"Ada sorang lelaki.. Dia sangat² gemuk.."
-Orang kata dia tue tak taw jaga diri.. Tapi takda orang taw.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badan naik..

"Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takda.."
-Orang kata dia tue hodoh.. Sangat² hodoh.. Tapi takda orang taw.. Dia tue askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya..

P/s: Banyak benda dalam dunia nie.. Kita nampak.. Tak bermakna.. Kita taw segala²nya.
sekadar renungan bersama