BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 23, 2011

Andai Nanti Cinta Itu Hadir Untukku (:


ya ALLAH
andai nanti cinta itu hadir untukku
biarlah cinta yang berhak bagiku
cinta yang halal pada pandanganMU

ya Allah
andai nanti cinta itu hadir
jangan biarkan cinta itu
melebihi cintaku padaMu
hingga aku lalai dari mecintaiMU


Ya Allah
andai nanti cinta itu hadir buatku
penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMU terlebih dahulu
biar rasa cintaku padaMU tetap seperti dulu

Ya Allah
andai nanti cinta itu hadir untukku
kurniakan seseorang yang hatinya penuh kasih kepadaMU
biar aku cinta padanya kerana aku kagum padaMU


ya Allah
andai nanti cinta itu hadir untukku
biarlah pengaduan atas deritaku
rasa syukur atas kebahagianku
hanya kupanjatkan kepadaMu terlebih dahulu
kerana aku yakin Engkau lebih memahamiku

ya Allah andai cinta itu hadir
khusyukkan aku dalam solatku
tenangkan aku dalam ibadahku
kerna fitrah insaniku telah Kau sempurnakan

ya Allah..
andai cinta itu hadir untukku
kurniakan aku insan yang Engkau cintai untukku
aminnn ya Rabbi...

Monday, September 5, 2011

Bait Puisi Ketika Cinta Bertasbih



Cinta adalah kekuatan 
yang mampu mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta
Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa
menuliskan kata-kata pecah berkeping keping
begitu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
engkau terbaring tak berdaya
bagaikan keldai yang berbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menguraikan
cinta dan percintaan


Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya !

Salam sejahtera  !!
Salam Aidilfitri !!
Salam Merdeka !!

Wahh, happynye dah raye, hari ni dah balik TM..sedihnye..nak kate tak puas cuti tak jugak, tak puas raye sekejap sangat. Raye first tahun ni raye kat umah sebelah mak aku..(cehh, padahal umah nenek sebelah mak ngan abah sekadar sekangkang kera ). Bes tahun ni, sume family ada theme masing2, family aku warna hijau tahun ni. Tapi tak sempat ambil gambar, ayah aku cepat sangat nak ke masjid, maka tak sempatla nak ambil gambar bersama-sama.

Lepas Zohor je kami 7 buah  kereta bergerak ke destinasi yang ingin ditujui 
-Jengka 1, Jengka 10 ,Jengka 18..
Dalam perjalanan itu, cewahh..memang jam, dan2 je ada accident, maka jamlah jalan. Budak - budak Mat Rempit ni xyah kire la, kereta ada ke x kat depan, main balun je nak lintas . Geram betul, aku risau accident je. Badan kecik! Tak padan nak bawak moto tengah jalan raya, bukan ada lesen pun 2..aku rase time tu jugak aku nak call polis trafik , dok kat tengah jalan tu ha. Biar aman sikit jalan. Tengok tu, time raya pun aku nak marah2. Sabar je la laily..

Raya kedua aku ingat nak ziarah kubur arwah atuk, tapi tak jadi, becoz sakit perut, tah makan apela sampai sakit perut, maka aku pun tak beraya lah pada hari kedua. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh, ameen~

Ok, papepun aku nak wish semoga korang berbahagia di dunia dan akhirat :)
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami~

Thursday, July 7, 2011

Apakah itu Vlogging?

Salam :)


Vlogging? Apa tu?
Basically yang aku tahu vlogging tu cam orang yang rakam video, lepas tu dia upload kat youtube..
Setelah aku bertanya kepada pakcik google,


" Video blogging, sometimes shortened to vlogging (pronounced 'vlogging', as opposed to 'v-logging') or vidding or vidblogging is a form of blogging for which the medium is video, and is a form of Web television. Entries often combine embedded video or a video link with supporting text, images, and other metadata. Entries can be recorded in one take or cut into multiple parts. It is also a very popular category on YouTube. "




 * Ha, amek kau sebijik aku copy paste dari Wikipedia


Korang mesti @ kompom @ for sure @ definitely pernah dengar nama ini
>Matluthfi
>AnwarHadi
>Maria Elena 
>Aiman Azlan
kn? Ha, yang diorang buat tu la vlogging..selepas aku terjah youtube ni, ada beberapa orang Malaysians yang telah femes disebabkan video diorang yang kelakar, mencuit hati ,menarik, menginsafkan, memberi pengajaran etc. Banyak yang kita boleh pelajari daripada mereka ini, bukan lawak semata- mata, malah lebih daripada itu.
Set2 empat orang ini aku dah tengok vids dorang , memang bagus, kompom dorang ni boleh jadi pengacara tv. ha, aminkan je..hehe.BTW, korang da best la !


Selepas dikaji dan selidik, ada beberapa orang vloggers yang aku jangka bakal meningkat namanya, TETAPI, yang meningkat tu mestilah upload video yang agak ilmiah, jangan main tibai je , orang pun tak suka, tapi satu aku suka diorang ni berani la. Bukan main banyak pujian yang diberikan MALAHAN kritikan tak kurang juga. Agak sakit hati jugak la kalau baca kritikan tu. Diorang ni set2 mental kuat ni..Pandai2 korang la ye :)


Nama2 ni bakal meningkat naik :-


>Kyopropraganda
>Mentol Pecah
>Afiqsays
>Van Deanvar
>ShahrinCool


*Take time to watch them !! :)
*Bangga sekejap becoz  a part of them are 90'ians :))
 HIDUP 90'ians !!