BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya !

Salam sejahtera  !!
Salam Aidilfitri !!
Salam Merdeka !!

Wahh, happynye dah raye, hari ni dah balik TM..sedihnye..nak kate tak puas cuti tak jugak, tak puas raye sekejap sangat. Raye first tahun ni raye kat umah sebelah mak aku..(cehh, padahal umah nenek sebelah mak ngan abah sekadar sekangkang kera ). Bes tahun ni, sume family ada theme masing2, family aku warna hijau tahun ni. Tapi tak sempat ambil gambar, ayah aku cepat sangat nak ke masjid, maka tak sempatla nak ambil gambar bersama-sama.

Lepas Zohor je kami 7 buah  kereta bergerak ke destinasi yang ingin ditujui 
-Jengka 1, Jengka 10 ,Jengka 18..
Dalam perjalanan itu, cewahh..memang jam, dan2 je ada accident, maka jamlah jalan. Budak - budak Mat Rempit ni xyah kire la, kereta ada ke x kat depan, main balun je nak lintas . Geram betul, aku risau accident je. Badan kecik! Tak padan nak bawak moto tengah jalan raya, bukan ada lesen pun 2..aku rase time tu jugak aku nak call polis trafik , dok kat tengah jalan tu ha. Biar aman sikit jalan. Tengok tu, time raya pun aku nak marah2. Sabar je la laily..

Raya kedua aku ingat nak ziarah kubur arwah atuk, tapi tak jadi, becoz sakit perut, tah makan apela sampai sakit perut, maka aku pun tak beraya lah pada hari kedua. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh, ameen~

Ok, papepun aku nak wish semoga korang berbahagia di dunia dan akhirat :)
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami~

Thursday, July 7, 2011

Apakah itu Vlogging?

Salam :)


Vlogging? Apa tu?
Basically yang aku tahu vlogging tu cam orang yang rakam video, lepas tu dia upload kat youtube..
Setelah aku bertanya kepada pakcik google,


" Video blogging, sometimes shortened to vlogging (pronounced 'vlogging', as opposed to 'v-logging') or vidding or vidblogging is a form of blogging for which the medium is video, and is a form of Web television. Entries often combine embedded video or a video link with supporting text, images, and other metadata. Entries can be recorded in one take or cut into multiple parts. It is also a very popular category on YouTube. "




 * Ha, amek kau sebijik aku copy paste dari Wikipedia


Korang mesti @ kompom @ for sure @ definitely pernah dengar nama ini
>Matluthfi
>AnwarHadi
>Maria Elena 
>Aiman Azlan
kn? Ha, yang diorang buat tu la vlogging..selepas aku terjah youtube ni, ada beberapa orang Malaysians yang telah femes disebabkan video diorang yang kelakar, mencuit hati ,menarik, menginsafkan, memberi pengajaran etc. Banyak yang kita boleh pelajari daripada mereka ini, bukan lawak semata- mata, malah lebih daripada itu.
Set2 empat orang ini aku dah tengok vids dorang , memang bagus, kompom dorang ni boleh jadi pengacara tv. ha, aminkan je..hehe.BTW, korang da best la !


Selepas dikaji dan selidik, ada beberapa orang vloggers yang aku jangka bakal meningkat namanya, TETAPI, yang meningkat tu mestilah upload video yang agak ilmiah, jangan main tibai je , orang pun tak suka, tapi satu aku suka diorang ni berani la. Bukan main banyak pujian yang diberikan MALAHAN kritikan tak kurang juga. Agak sakit hati jugak la kalau baca kritikan tu. Diorang ni set2 mental kuat ni..Pandai2 korang la ye :)


Nama2 ni bakal meningkat naik :-


>Kyopropraganda
>Mentol Pecah
>Afiqsays
>Van Deanvar
>ShahrinCool


*Take time to watch them !! :)
*Bangga sekejap becoz  a part of them are 90'ians :))
 HIDUP 90'ians !!

Wednesday, June 29, 2011

Hari Koperasi SMKCT 2011


Salam :)

Hari ini aku pergi menyebukkan diri ke perkarangan SMK Chini Timur, walaupun sekolah ni memang kat tempat aku, tapi ni second time kau masuk sekolah ni. Hari Koperasi SMKCT !

Macam- macam makanan yang dijual, sesampai di sekolah, aku dengan Pijah , merangkap kawan aku masa sekolah rendah, dak UiTM Shah Alam (nape aku promot Pijah ni? haha, bia dia bangga jap lw terbaca blog aku ni , hehe)terus cari gerai adik dia, merangkap  PKP (Pen. Ketua Pengawas), aku pelik,kenapa gerai adik dia ni jauh sangat dengan gerai2 lain? Jalan punya jalan , laa, petutla jauh daripada orang..PREFECT punye kan..haha, eksklusif betul !

Dah dapat beli nugget dengan chocolate shake, aku dengan Pijah pun berjalan mencari tempat duduk yang sesuai, last2 duduk dekat tempat makan belakang gerai prefect. Tempat tu dahla lelaki je yang duduk, tapi adalah budak2 lepasan SPM dengan cikgu lelaki. Aku dengan Pijah bantai duduk situ buat muka tak malu je . Haha .Baru duduk 2 minit, ada sorang cikgu ni pakai baju uniform Kadet Polis tegur kami, belajar kat mana... Aku pun dengan bangganya jawabla belajar kat UPSI. Cikgu tu pun macam terkejut. Yelah bakal cikgu ni. Haha. Pastu cikgu tu tanya aku course ap, aku pun jawabla kimia. Dia pun suka je, kate dia bagus :)

Aku pun apelagi, terkembang sekejap, terus semangat aku berkobar- kobar nak jadi cikgu , Yes ! Terima Kasih Cikgu ! Saya bersemangat nak jadi pendidik ni ! 
:)
SAYA GURU BITARA !

Tuesday, June 28, 2011

Kereta Oh Kereta..

Salam Satu Malaysia ^^ ..

Eh ada ke tak orang bace blog aku ni? Haha..Biola..Belasah je nak goreng ape kan..hehe
Cuti punyelah panjang, aku pun memenuhi masa lapang ini dengan mengambil lesen kereta. Daripada duduk melepak tak tentu pasal kat rumah, Baik aku buat perkara yang berfaedah, betul tak? hee
Lesen P kereta? Peh , memang terer aku bawak kereta , kalah orang buat drift, boleh jadi pelakon Syamsul Yusof aku ni. Yela, first time belajar kereta, Ya Allah, rase nak langgar sume benda yang ada kat depan mata. Tapi aku tengok orang lain bawak kereta cool je, takdek kalut pun. Takpela Laily, first time kan, belajar leklok ea..
P/S Harap2 aku pass la JPJ nanti, malas nak repeat2 ,.hehe , doakan yerk! :) Thanx !